BANDLAB - APLIKASI PERCUMA DAN TERBAIK UNTUK PENGGEMAR MUZIK



Selain aplikasi N Track Studio , BandLab adalah adalah antara aplikasi terbaik dan popular dikalangan peminat dan pencipta muzik. Ia bukan sekadar sebuah aplikasi, lebih dari itu ia adalah laman sosial bagi penggemar dan pencipta muzik. Sesuai dengan temanya “ Make Music Anywhere” ia adalah aplikasi luar biasa yang boleh anda gunakan di telefon bimbit dan PC.

Band Lab - Aplikasi percuma untuk penggemar muzik


KELEBIHAN BANDLAB

Percuma – Ia adalah sebuah aplikasi yang boleh digunakan secara percuma. Berbanding N Track Studio, anda boleh terjemahkan segala idea anda dan rakam dalam aplikasi ini tanpa memikirkan untuk dikenakan sebarang bayaran.

Virtual Instrument – Sekiranya anda tidak memiliki gitar, piano mahupun dram.. anda boleh buka aplikasi BandLab dan belajar menggunakan hampir 200 instrument secara virtual!

Sistem Mixing dan Effect Terkini – Gunakanlah BandLab ini untuk mereka cipta bunyi dan efect music yang menakjubkan hanya melalui telefon anda kerana ia dilengkapi dengan perisian terkini seperti gitar dan bas stimulation, Time Scretching, Automasi dan banyak lagi.

Import dan export  hasil rakaman anda secara percuma.

Rekod dan Rakam secara Live dengan paparan skrin secara live.

Storan Cloud -BandLab menyediakan kemudahan untuk storan data anda ke Cloud agar hasil kerja anda tidak hilang semasa proses.

Oleh kerana BandLab merupakan laman sosial pada masa yang sama, anda dapat berkalobrasi dengan pemuzik yang lain. Anda hanya perlu klik pada Channel dan sertai kumpulan muzik kegemaran anda seperti Pop, Rap, Dance Electronic, R&B dan sebagainya.

Sertai pertandingan mencipta lagu dan muzik di peringkat antarabangsa melalui Band Lab. Ya, selepas anda menyertai bandLab, terdapat contest bulanan anjuran Band Lab untuk memastikan peserta tidak membuang masa dengan sia-sia melalui aplikasi ini. Inilah masanya anda mengetengahkan bakat muzik anda dimata dunia!

Jika anda seorang yang cerewet tentang muzik, jangan bimbang kerana aplikasi ini menyediakan lebih 6000 Loops dan lebih 200 MIDI yang boleh anda gunakan secara percuma

KEKURANGAN APLIKASI BAND LAB – Aplikasi ini mungkin tidak sepadan dan sesuai  dengan beberapa device ( telefon). Anda akan mendapati masalah pada Low Latency mengakibatkan muzik dan vocal tidak selari. Diharap pihak BandLab dapat membaikinya pada masa hadapan.

KELEBIHAN BAND LAB DIBANDINGKAN DENGAN N TRACK STUDIO – BandLab kini menyediakan kemudahan untuk merakam secara video seterusnya dapat dikongsikan dengan rakan-rakan anda.

Tuner untuk memudahkan anda menyelaraskan bunyi dan nada alat muzik anda.

SIAPA DI SEBALIK BAND LAB? – Band Lab adalah kepunyaan Band Lab technologies dan berpusat di Singapura. Sehingga kini, aplikasi PERCUMA ini telah download  lebih 10 juta pengguna android.

Jadi apa tunggu lagi.. saiz untuk install aplikasi ini hanya 22MB jer...



Comments

Popular posts from this blog

N-TRACK STUDIO - APLIKASI MERAKAM AUDIO YANG PERLU ANDA CUBA

DOWNLOAD LAGU DI YOUTUBE TAPI DISERANG VIRUS